KELAB GREENBOC
Ajal celah batu
Kuala Berang: Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge, Sabtu lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan.
Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.
Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia
HULU TERENGGANU - “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT, saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Menurut Mohd Johari, dia bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh dari kasut mangsa ditemui, petang kelmarin.
“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu.
“Saya kemudiannya memaklumkan kepada anggota bomba dan penyelamat yang berada berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Ternyata tangan yang dilihat celah batu itu adalah tangan Ahmad Rafikin yang dilaporkan hilang Sabtu lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, mayat dibawa keluar pasukan keselamatan dan tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang.
“Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. -SH
Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan
Mayat Ahmad Rafikin ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu berdekatan sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa.
Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.
Kira kira dua ratus jemaah menyertai solat jenazah yang diadakan di Surau Jalan Pusara Kuala Berang.
Jenazah kemudianya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara,Kuala Berang.
Bapa Allahyarham, Azman Othman bersyukur dengan keprihatinan semua pihak dalam membantu operasi mencari dan menyelamat anaknya.
Beliau turut terharu dengan bantuan kerajaan negeri dalam menguruskan pengkebumian jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin.
Ahmad Rafikin pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tidak menyelesaikan acara maraton itu Gunung Gajah Terom pada Sabtu lalu.
Bapanya Azman Othman, 50, menyedari kejadian itu kira kira jam 3 petang dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 6 petang pada hari sama.
Sementara itu,pasukan mencari dan menyelamat mengakui usaha untuk membawa turun mangsa menghadapi kesukaran berikutan keadaan laluan yang licin.
Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengarahkan Jabatan Perhutanan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan hutan lipur di negeri itu.
Pada masa sama, kajian semula akan dijalankan bagi menilai penganjuran kejohahan seumpama itu pada musim tengkujuh.
Kejohanan Marathon Antarabangsa Gajah Terom yang diadakan Sabtu laludibahagikan kepada beberapa kategori menyaksikan penyertaan lebih 540 peserta. -astroawani
ULASAN GB
Al-fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan