KELAB GREENBOC
Putrajaya: Bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya didakwa sengaja diputuskan.
Lokasi berkenaan menjadi kawasan rakyat berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kejadian yang didakwa sabotaj itu menyebabkan orang ramai yang mahu bersolat terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral.
Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badrul Amin Baharom ketika ditemui menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.
“Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama terjadi sepanjang rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.
“Mereka cuba beri tekanan kepada rakyat, saya hairan mengapa mereka bersikap zalim,” tegasnya.
Jelasnya lagi, rakyat yang berhimpun di kawasan tersebut sejak minggu lalu tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kemudahan tersebut.
“Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat,” tegas Ahmad Akhir Pakwan Chik, seorang penyokong yang hadir ke kompleks Mahkamah Putrajaya. -KD
ULASAN GB
Memang kejam dan zalim.
Atau nak suruh semua orang awam jadi Saiful, tak payah buang air dan tak payah solat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan