Selasa, 11 November 2014

Belanja RM663j, Internet masih perlahan

MALAYSIAKINI


 


Selepas RM663 juta wang pembayar cukai digunakan untuk memperkenal jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi, pelajar akhirnya masih terbelenggu dengan sambungan Internet perlahan.

Malah, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, projek 1Bestari Net, yang termasuk persekitaran pembelajaran maya (VLE), juga jarang digunakan pelajar dan guru.

Mengikut kontrak, sebanyak 9,191 sekolah akan dibekalkan dengan jaringan jalur lebar antara 4Mbps sehingga 20Mbps.

Sebilangan kecil sekolah, sebanyak 698 buah, dirancang dilengkapkan dengan jalur lebar berkelajuan minimum 2Mbps sehingga 4Mbps.

Bagaimanapun, audit di 46 sekolah mendapati 41 buah (89.1 peratus), hanya mendapat kemudahan jalur lebar berkelajuan antara 0.2Mbps hingga 3.62Mbps.

Laporan menyebut, kelajuannya terlalu perlahan untuk menyokong VLE jika melibatkan penggunaan 30 hingga 40 pengguna pada satu-satu masa.

Tiada ulasan: