Isnin, 9 Jun 2014

'R' serah memo tuntut royalti 20 peratus kepada Kelantan

HARAKAHDAILY 



 

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan yang lebih dekenali sebagai NGO 'R' hari ini menyerahkan memorandum kepada anggota parlimen di Dewan Rakyat.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan pusat membayar hak royalti Kelantan yang tertunggak dan tidak pernah dibayar.

Disamping bayaran tunggakan lebih RM10 bilion itu, mereka juga mendesak bayaran royalti kepada negeri Kelantan dinaikkan kepada 20 peratus.

Presidennya Nazri Deraman berkata, ianya selaras dengan kelulusan usul yang diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menuntuk kerajaan pusat menaikkan bayaran royalti di negeri itu dari lima peratus kepada 20 peratus.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen Kelantan iaitu Datuk Kamaruddin Jafaar (PAS-Tumpat) dan Ahmad Baihaqi Atikullah (PAS-Kubang Kerian) bagi dibangkitkan dalam persidangan dewan.

Kamaruddin pada sidang medianya berkata, apa yang berlaku sangat jelas bahawa kerajaan negeri dan rakyat Kelantan telah dinafikan hak sejak sekian lama.

"Royalti kepada Kelantan tak pernah diberikan daripada awal lagi .Oleh sebab itu amat jelas suatu ketidakadilan kepada negeri dan rakyat Kelantan," katanya sambil menambah akan memanjangkan memorandum itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). -

Tiada ulasan: