Khamis, 26 Jun 2014

Bekas Ketua UMNO Songlap RM12 Juta Pampasan Kampung Chubadak?

KELAB GREENBOC


 
Seorang daripada penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul menggunakan pembesar suara ketika membantah tindakan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Wang pampasan sebanyak RM12 juta daripada pemaju yang sepatutnya dibayar kepada penduduk Kampung Chubadak Tambahan tidak sampai, sebaliknya didakwa dilesapkan oleh bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Chubadak.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Cawangan Kambung Chubadak, Suliah Mujni kepada pemberita pagi semalam.

Katanya, perkara itu disedari apabila beliau dan ahli UMNO cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan tersebut sekitar awal tahun 1970an.

“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.

“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat UMNO di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami jumpa surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah terima apa-apa pampasan pun.


“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia ketika itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah.

Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan tersebut dibuat secara mengejut sehingga Ketua UMNO terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat UMNO Cawangan Kampung Chubadak.

“Pada tahun 70an, wang sebanyak RM10,000 adalah satu jumlah yang amat besar berbanding sekarang. Malangnya, wang itu tidak sampai kepada kami walaupun satu sen,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: