Mah Siew Keong
KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan
terima kasih kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana mempunyai
keyakinan terhadap beliau untuk dilantik sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri.Siew Keong berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan itu, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
"Saya berasa amat berbesar hati apabila dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun 2014.
"Juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap saya," kata Siew Keong dalam laman Facebooknya.
Najib hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu terdiri daripada pemimpin MCA dan Gerakan.
Dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, Mah, 53, mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Kemenangan Siew Keong bukan sahaja menyaksikan BN merampas kembali kerusi itu, tetapi juga mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden Gerakan, jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti Oktober tahun lepas, serta kedudukan Gerakan dalam BN. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan