Khamis, 26 Jun 2014

Susun kabinet, Najib hebat lagi luar biasa

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dalam sususan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, tambah cemerlang lagi ialah dengan perlantikan Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ini bermakna jumlahnya meningkat kepada 10 orang. Lapan menteri sedia ada di JPM ialah Jamil Khir Baharon, Wahid Omar, Shahidan Kassim, Idris Jala, Joseph Kurup, Nancy Shukri, Joseph Entulu dan Paul Low.

Jika dikira dengan Najib sebagai ketua dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua di JPM, jumlahnya meningkat lagi kepada 12 orang, suatu angka yang menakjubkan pencapaiannya bagi negara seperti Malaysia.

“Mempunyai menteri di JPM seramai 10 orang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik di era Mahathir mahupun Pak Lah. Inilah hebat dan luar biasanya Najib,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.

Menurutnya, ramai yang berkata, jumlah itu terlalu besar dan lebih merupakan pembaziran.

“Berapa wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka saja sedangkan dengan jumlah menteri yang ramai itu, tentulah skop kerja dan bidang tugas menjadi semakin sedikit. Sekali lagi, inilah hebatnya Najib,” ulasnya lagi.

Tiada ulasan: