Ahad, 29 Jun 2014

Colombia lawan Brazil di suku akhir

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
RIO DE JANEIRO: James Rodriguez menjaringkan antara gol tercantik kejohanan, sebelum menambah gol kedua ketika membantu Colombia melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas menumpaskan Uruguay 2-0, sebentar tadi.
 
Uruguay nyata tidak bermaya beraksi tanpa Luis Suarez, manakala Colombia menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian apabila berdepan tuan rumah, Brazil pada suku akhir, Sabtu ini.
 
Rodriguez meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-28 selepas menjaringkan gol cantik menerusi voli jarak jauh dan meledak gol kedua hasil rembatan jarak dekat, lima minit selepas babak kedua bersambung. - AGENSI

Tiada ulasan: