Kinrara – Damansara Expressway RM2.5 Bilion : Bagi Berita Semasa, lebuhraya di Malaysia boleh disamakan sebagai “gula-gula”
yang cuba menyamar menjadi ubat kepada para pesakitnya yang sedang
menghadapi masalah setiap hari seperti pengguna setia lebuhraya di
Malaysia tetapi akhirnya bakal berpijak di bumi yang nyata bahawa
masalah yang mereka hadapi tidak selesai pun sebenarnya malah masalah
akan timbul lebih teruk lagi pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa….
Bagi Berita semasa sendiri pembinaan
lebuhraya di kawasan bandar bukanlah penyelesaian jangka panjang yang
mampan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang nampaknya
belum menemui titik noktah sehingga ke hari ini. Malah lebuhraya juga
sebenarnya lebih memburukkan lagi kesesakan lalu lintas yang acapkali
kali terjadi terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Selangor.
Malah sebenarnya sehingga ke hari ini
tidak bukti yang ditemui pakar yang menunjukkan sekurang-kurangnya
terdapat peningkatan 20% daripada aliran trafik yang sedia ada. Oleh
itu, maka tidak ada justifikasi sebenarnya bagi menghalalkan
pembinaan lebuhraya baru bukan?
Senarai Projek Mega Lebuhraya Yang Telah Diluluskan?
Inilah yang berlaku terhadap satu projek
mega lebuhraya yang cukup kontroversi, Kinrara – Damansara Expressway
(KIDEX) yang bernilai RM2.5 bilion.
- Apa keperluan membina lebuhraya ini?
- Apakah projek Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) benar-benar mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan hanya mahu memnuhkan poket saudagar lebuhraya yang terus “terliur” bagi mendapatkan salah satu skim cepat kaya di Malaysia, konsesi lebuhraya bertol selain projek IPP (SEPERTI DI SINI)?
Sekarang ini sudah terdapat 5 projek
lebuhraya yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah diluluskan oleh
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Bilions & kerajaan persekutuan dan
perjanjian dengan kontraktor telah pun ditandatangani. Masa untuk menuai
hasil selepas ini?
- Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE) lanjutan: RM1.18 bilion
- Pantai Barat (WCE) Banting ke Taiping: RM5.04 bilion
- Damansara – Shah Alam (SUKE): RM4.18 bilion
- Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX): RM2.5 bilion
- Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP) telah menerima kelulusan Kabinet tetapiprojek belum dianugerahkan lagi setakat ini
Untuk berlaku adil, ya Berita Semasa
agak bersetuju dengan sebarang usaha dan ikhtiar untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas yang mana ia mat Berita Semasa alu-alukan
terutamanya di kawasan bandar-bendar besar. Walaubagaimanpun, Berita
Semasa menilai projek pembinaan lebuhraya ini daripada pelbagai aspek
yang mana masalah tetap akan berlaku disebabkan rantaian seperti di
bawah ini :
- Projek-projek mega lebuhraya seperti ini sering didorong dari segi ekonomi.
- Dengan menyuntik dana ke dalam ekonomi, ia mampu menyediakan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang kekayaan kepada sesiapa sahaja.
- Malangnya tiada persediaan yang komprehensif apabila jumlah pemilikan kenderaan dan jumlah penduduk bandar di satu-satu kawasan semakin melonjak
- Satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang adalah untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik
- Persoalan sekali lagi, mengapa dan kenapa adalah lebuh raya yang dibina dan diberikan keutamaan? Adakah mereka-mereka ini benar-benar mahu membantu orang ramai mendapatkan akses dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan pada harga yang munasabah?
- Atau sebenarnya mereka beratur menunggu giliran bagi memenuhkan poket masing-masing bagi menyertai skim cepat kaya dikalangan taikun-taikun kaya di Malaysia?
- Yang mana satu?
Projek Mega Lebuhraya Vs Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien?
Sebenarnya yang rakyat Malaysia yang
rakyat mahukan sistem pengangkutan dipertingkatkan. Sistem pengangkutan
awam yang lebih efisien adalah satu-satunya ubat terbaik bagi
menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas untuk jangka masa panjang.
Adakah rakyat Malaysia akan terus
“disumbatkan” dengan lebih banyak jalan raya, atau sepatutnya kita sudah
pun bermula untuk mengimbangi dengan melakukan penambaikan pengangkutan
awam?
- Pada asalnya laluan lebuhraya yang baru memberikan peluang dan ruang kepada pengguna dan pelanggan mereka menikmati perjalanan pada kelajuan 90kmj, tetapi akhirnya semakin perlahan dan perlahan pada kelajuan 30-40kmj untuk sampai ke destinasi sekitar 500m hingga 1km sahaja.
- Lebuhraya menjadi semakin sesak dan sesak semula, akhirnya mudah untuk saudagar lebuhraya di Malaysia memperkenalkan “penyelesaian terbaik” bagi mereka dengan memperkenalkan satu lagi projek lebuhraya bernilai berbilion ringgit. Kenyang mereka…
- Kitaran seperti inilah yang akan akan berterusan yang akan terus dihadapi orang Lembah Klang
Mengapa kita tidak belajar contoh projek “skim cepat kaya” Lebuhraya Damansara Puchong (DI SINI BUKTI NILAI KEUNTUNGANNYA)
yang dibina pada tahun 1998 bertujuan untuk mengurangkan kesesakan
melibatkan kawasan perumahan yang besar seperti Taman Tun Dr Ismail
(TTDI), Kepong, Damansara, Petaling jaya (PJ) dan Puchong.
Hari ini sesiapa sahaja memandu di
sepanjang jalan ini akan bertarung dengan kesesakan lalu lintas setiap
masa, setiap jam dan lebih-lebih lagi di waktu puncak yang mana telah
berlaku sejak bertahun lamanya. Setuju?
Kebanyakan negara luar sebenarnya sudah
pun beralih daripada membina lebuh raya kerana melihatkan jumlah
penduduk yang mendadak sepanjang masa dan pemilikan kereta dengan
memperbaiki sistem pengangkutan mereka.
Berita Semasa ingin memberikan satu
contoh negera Turki. Melihatkan kepadatan penduduk kota Istanbul
contohnya. sangat-sangat tinggi iaitu sekitar 13.9 juta. Berapa banyak
lebuhraya diperlukan bagi menampung kepadatan penduduk di sini?
Gambar Projek Mega Sistem Pengangkutan Awam di Kota Istanbul Turki : MetroBus
Akhirnya kerajaan Turki berani melabur
sejumlah dana bagi memperkenalkan perkhidmatan metro bus yang
ditempah terus dari Jerman melalui pengenalan sistem Bus Rapid Transit
(BRT) di Istanbul Turki. Berita Semasa perhatikan jangka masa metro bas
di sana akan hadir di sepanjang hentian bas adalah setiap 15 hingga 30
saat tanpa henti bagi mengangkut penumpang. Sangat-sangat efisen.
Malaysia?
Sekali lagi bagi Berita Semasa membina
lebuh raya hanya penyelesaian sementara dan dari masa ke masa masa
lebuh raya akhirnya tidak akan menampung kebanjiran lalu lintas kelak.
Apa pendapat anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan