Zaini Ghani
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
mendesak Peguam Negara, Datuk Abdul Ghani Patail meletakkan jawatan
ekoran gagal menasihati kerajaan dalam isu membabitkan sensitiviti umat
Islam.
Ketua Wiranya Irwan Fahmi Ideris berkata barisan kepimpinan Wira Perkasa telah membawa usul berkenaan sejak empat tahun yang lalu apabila Abdul Gani dilihat kurang bijak menangani isu sebegini dan mendakwa ianya harus dibawa kepada Yang dipertuan Agong, selaku ketua agama dan bukannya Peguam Negara.
"Abdul Gani adalah penyangak. Dia patut letak jawatan kerana gagal menasihati kerajaan.
"Walaubagaimanapun kita tetap akur dengan undang-undang, tetapi ia dapat dielakkan jika Peguam Negara dapat menanganinya dari awal," katanya ketika berucap pada perhimpunan aman mendengar keputusan penggunaan kalimah Allah di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya, semalam.
Semalam, kira-kira 300 ahli Perkasa dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun sejak jam 7 pagi sambil bermunajat dan membawa kain rentang mempertahankan kalimah suci Allah.

Mahkamah Persekutuan semalam telah menolak rayuan Lawrence untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar The Herald dengan mendapat persetujuan empat daripada tujuh hakim yang mengadili kes tersebut.
Hakim yang menolak rayuan tersebut adalah Ketua Hakim Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar.
Manakala tiga hakim yang berpendapat sebaliknya adalah Ketua Hakim Mahkamah Sabah dan Sarawak Richard Malanjum serta dua hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali dan Jeffrey Tan Kok Wha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan