MALAYSIAKINI
Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan
Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot
Corporation masih belum dapat dibentangkan kes tersebut masih berlarutan
di mahkamah.
Nur Jazlan berkata laporan berkenaan disiapkan oleh anggota jawatankuasa
lebih setahun lalu, sebelum pilihan raya umum ke-13, dan dikemukakan
kepada Speaker Dewan Rakyat pada tahun lalu.
Menurutnya, Spekaer Tan Sri Pandikar Amin Mulai merujuk perkara itu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Laporannya sudah siap, ia boleh dibentangkan tetapi peguam negara
berpendapat ia mungkin sub judice (kepada kes yang sedang dibicarakan),"
katanya.
Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu
akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu.
Laporan itu antaranya mengandungi beberapa saranan daripada PAC berkenaan projek berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan