MALAYSIAKINI
PAS Selagor hari ini menyatakan keraguannya terhadap tindakan Umno mengetengahkan isu hudud dengan mengemukakan usul membincangknnya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik” kerana tidak melakukannya ketika lama memerintah negeri itu sebelum ini, lapor Harakahdaily.
“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.
Iskandar yang juga exco negeri juga meminta melaksanakan hudud di negeri yang diperintah oleh BN.
Beliau juga membangkitkan tindakan BN menolak pelaksaan hukum itu di Terengganu sebelum ini.
Anggota DUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan sebagai memberitahu, usul itu diserahkan minggu lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan