Rabu, 11 Jun 2014

Dewan tak benar MP soal isu radar MH370

MALAYSIAKINI


 


MP Bukit Mertajam Steven Sim berkata beliau kecewa kerana Dewan Rakyat menolak soalannya berhubung radar tentera yang mengesan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac sebelum kapal terbang itu hilang.

MP DAP itu berkata setiausaha Dewan Datuk Roosme Hamzah menolak soalan tersebut dengan alasan, soalan MP tidak boleh ditumpukan pada perkara "rahsia".

Katanya, soalan itu meminta Kementerian Pertahanan menyatakan nama pengkalan tentera laut dan pegawai yang bertanggungjawab mengesan pesawat tersebut di radar.

Beliau turut meminta penjelasan berhubung pembekal radar berkenaan, katanya yang mempersoalkan alasan Roosme kerana tidak membenarkan soalannya disenaraikan dalam aturan mesyuarat.

"MH370 bukan lagi satu rahsia. Ia kini menjadi krisis antarabangsa," kata Sim dalam sidang media di bangunan Parlimen.

Tiada ulasan: