MALAYSIAKINI
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan mendedahkan lebih
banyak lagi berhubung isu geran RM100 juta Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) setelah Parlimen menolak soalannya.
Anggota Parlimen Pandan itu bertanya menteri bertanggungjawab Datuk Ewon
Ebin dan perdana menteri sama ada mereka berdua sedia menandatangani
akuan berkanun yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah
palsu.
Antara dokumen itu adalah surat didakwa daripada Pejabat Perdana Menteri
kepada Ewon dengan lampiran minit mesyuarat perdana menteri dengan
pegawai daripada sebuah syarikat NSE Resources Sdn Bhd.
Kedua-dua soalan ditolak oleh setiausaha parlimen Roosme Hamzah yang
berkata soalan itu mengandungi hasil fikiran sendiri dan tidak
berdasarkan fakta.
Rafizi justeru berkata, beliau menganggap dokumen itu asli kerana
perdana menteri tetap berdiam diri berhubung perkara itu dan enggan
menjawabnya di parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan