Sebahagian
keluarga mangsa warganegara China telah tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunggu kepulangan ahli keluarga
mereka.
SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak
kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan
Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka.
Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah
seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan
apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.
"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial.
"Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153
dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China.
Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac
lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam.
Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan