Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir ke darat dan ke baruh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah
Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006 dahulu.
Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib
dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua
Pemuda Khairy membela beliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib
merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin
dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota
Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela
Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang
Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan
meletakkan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpin mereka itu tidak
mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan
bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela
melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara
ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan
saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin
menganggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun
dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk
pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh
pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah
jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh
pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai
kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of- date’ kata setengah yang
baru main politik, hari ini.
Tun Hussein Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh
dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin
sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan
yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981
nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang
sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli
UMNO tidak menyokong beliau.
Beliau juga tahu yang beliau telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri
yang tidak sabar mahu mengambil alih kepimpinan negara dari beliau.
Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk menandingi beliau
adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau berundur
secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau
mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh
kerana ‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir
dengan beliau.
Menyedari keadaan ini beliau mengambil keputusan untuk memberikan
sahaja jawatannya kepada orang yang tidak sabar mahukan jawatan itu.
Maka pada tahun 1981, Hussein tidak mempertahankan jawatannya dan
memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.
Pada perhimpunan itu dalam ucapan penangguhan Dr Mahathir telah
mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan sokonagn terhadap
beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau telah meminta
semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang
menunjukkan ada yang tidak menyokong beliau lagi, supaya memberitahu
beliau. Kata beliau yang beliau akan mengundurkan diri secara terhormat.
Beliau berkata demikian kerana beliau tahu yang Hussein bersara kerana
kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu tidak lebih dari mulut manis
dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada perhimpunan itu jugalah
Dr Mahathir memulakan permainan politik 'pecah perintah' dengan
berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan
yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO
itu.
Dr Mahathir merasakan semua yang berada disekeliling beliau itu
meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang menebal dalam diri beliau
membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja yang mempunyai
kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik mereka
yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau
dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah
diperlukan pemikiran mereka oleh Mahathir.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir semuanya tidak perlu berfikir kerana
hanya beliau sahaja yang boleh berfikir. Ahli-ahli kabinetnya tidak
perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan senang...hanya jadi
burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan tepukan itu.
Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke hari
ini institusi itu belum lagi 'kebah dari sakit' hasil kerja tangan Dr
Mahathir itu.
UMNO mula berpecah belah dan buat kali pertamanya rasa resah gelisah
dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO mula timbul. Dalam masa
lima atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya
pemimpin yang ingin menjadi kaya raya.
Budaya rasuah mula berputik dengan cepat melalui projek 'express'
dengan penganugeraham kontrak secara runding terus yang kini sudah
menjadi budaya dalam kerajaan semata-mata untuk memberikan ‘duit luar’
yang begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang berkepentingan
rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada negara.
Budaya songsang pentadbiran kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir
dan ianya diwariskan kepada pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada
Najib. Acuan ini sudah begitu 'terpahat' ke dalam sistem pentadbiran
negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam MKT parti itu
semuanya dari acuan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan