Khamis, 20 Mac 2014
Terowong RM340 juta dibantah, baik buat rumah mampu milik, ahli parlimen Pakatan
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar rancangan pembinaan terowong pejalan kaki bawah tanah oleh MRT Corp yang dianggarkan bernilai RM340 juta, dan ia disifatkan sebagai satu lagi pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata selain khuatir mengenai berdepan dengan risiko keselamatan, kos yang terlalu tinggi juga dilihat sebagai tidak masuk akal kerana dengan nilai sebegitu syarikat tersebut lebih baik membina rumah mampu milik.
"Kita tidak faham kenapa mereka mahukan pembinaan terowong pejalan kaki yang bernilai RM340 juta di tengah KL Sentral di mana lokasinya sudah padat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan sepatutnya mempertimbangkan pembinaan jejantas yang tidak membabitkan kos yang terlalu mahal iaitu sebanyak RM50 juta.
"Kos pembinaan jejantas ini lebih jimat daripada teworong bawah tanah, malah dari segi keselamatan, kemudahan, dan reka bentuknya ia berbaloi dengan harga dilaburkan," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan