Selasa, 18 Mac 2014

Pemandu maut, dua parah bas ekspres terjunam dalam gaung [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 GOPENG: Seorang pemandu bas maut manakala dua penumpang parah apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam hampir 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara-Selatan laluan ke utara, berhampiran Gua Tempurung di sini Isnin. 
 
Mangsa dikenali sebagai Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh, maut di tempat kejadian.
 
Dua penumpang, Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27, masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai Siput parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut.
 
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kemalangan pada pukul 4.25 petang itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh itu cuba mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang terbabas di hadapannya.
 
Ini mengakibatkan bas membawa dua penumpang terbabit hilang kawalan dan merempuh penghadang tepi lebuh raya itu sebelum terjunam ke dalam gaung yang terletak kira-kira lima kilometer dari plaza tol Gopeng, katanya.
 
Ng berkata ketika kejadian, bas itu melalui jalan lurus manakala cuaca pula baik.
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: