MALAYSIAKINI
Senarai penumpang dan anak kapal pesawat
MH370 menjadi fokus baru siasatan kerajaan Malaysia selepas penemuan
beberapa data baru yang disahkan oleh beberapa penguatkuasa penerbangan.
"Berdasarkan perkembangan baru ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan
semula siasatan mereka kepada kru dan penumpang di dalam pesawat," kata
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media di KLIA petang
ini.
Perdana menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.
Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib
berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang
menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.
Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan.
Pengesahan itu adalah berdasarkan maklumat satelit.
Najib berkata operasi mencari dan mencari diteruskan , tetapi tidak lagi akan memberi tumpuan di Laut China Selatan.
Menurutnya, perhatian kini tertumpu kepada dua kawasan
operasi di barat Semenanjung Malaysia - koridor utara dari sempadan
Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan Utara Thailand dan koridor
selatan, dari Indonesia ke Lautan selatan India.
Najib berkata, maklumat satelit baru telah memberi kesan penting terhadap keadaan dan skop operasi mencari.
"Kita menghentikan operasi di Laut China Selatan dan menilai semula
penempatan aset kita. Kita sedang bekerjasama dengan negara-negara yang
berkenaan untuk mendapatkan semua maklumat yang relevan dengan usaha
mencari, termasuk data radar.
Turut hadir dalam sidang media tadi adalah duta besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang.
Turut dilaporkan kelihatan adalah dua wakil dari kedutaan Russia dan duta besar Ukraine.
Kehadiran mereka dipercayai sebagai pihak berkepentingan kerana
warganegara mereka turut tersenarai dalam senarai penumpang MH370.
Seramai 153 warga Cina, dua warga Ukraine, dan seorang warga Russia
sebelum ini disenaraikan antara 227 penumpang yang menaiki MH370.
Selain itu, dua lelaki Iran turun dikesan menaiki penerbangan tersebut, masing-masing dengan pasport Austria dan Itali yang dicuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan