KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2013
akan dikeluarkan esok (Rabu), manakala keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2013 dijadual diumum Khamis ini.
Bagi keputusan STPM, semua calon boleh mengambil keputusan mereka di
sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon
persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris
berkata, seramai 55,214 calon STPM tahun lepas dilaporkan telah hadir
menduduki peperiksaan di 773 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Seramai 54,288 (98.32 peratus) orang merupakan calon kerajaan, 648 (1.17
peratus) calon dari sekolah swasta, 268 (0.49 peratus) orang merupakan
calon persendirian individu, 9 (0.09 peratus) orang calon dari sekolah
kerajaan negeri dan seorang calon dari sekolah integriti
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888 dan
juga melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di
http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada hari sama untuk semakan
keputusan peperiksaan.
Menurut Khawari, persidangan akhbar mengenai analisis keputusan STPM
2013 akan diadakan setengah jam sebelum keputusan diedarkan kepada calon
pada hari sama di Auditorium, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru
Selayang, Batu Caves, Selangor.
Sementara bagi calon SPM, seramai 470,395 calon telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan SPM 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh
negara.
Semakan keputusan SPM juga boleh dibuat melalui mySMS 15888 dengan
menaip SPM dan hantar ke 15888, diaktifkan mulai 10 pagi Khamis dan
ditamatkan pada 11.59 malam 26 Mac 2013.
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2013 akan diadakan 9 pagi
Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Parcel E,
Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan