Foto: SinarHarian
Amirul Ashraff
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal dikena
tindakan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan kekecohan yang
berlaku selama lapan minit pada perlawanan persahabatan antara skuad
kebangsaan menentang Filipina di stadium Majlis Pembandaran Selayang
(MPS), Sabtu lalu.
Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan yang
dilakukan oleh Ultras Malaya dengan membakar suar serta membaling bom
asap ke dalam padang pada minit ke-30 perlawanan, bukan sahaja memalukan
malah AFC boleh mengambil tindakan sekiranya Filipina membuat aduan.
"Berkemungkinan dikenakan tindakan. Dari segi denda saya tidak tahu tapi
lazimnya apabila ini berlaku ia boleh membahayakan pemain serta pasukan
pelawat yang datang, kit kena berhati-hati menjaga mereka.Jadi saya
harap tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak tertentu. Bagi
saya ia amat memalukan negara.
"Kita risau juga kalau Filipina buat aduan kerana akan ada tindakan
tertentu kepada FAM. Sekarang penyokong ramai yang datang memberikan
sokongan tapi apabila berlaku insiden seperti ini ia amat merugikan,"
katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.
Pada perlawanan itu, skuad negara yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim
Siew bermain dengan agak baik sepanjang perlawanan dengan beberapa siri
percubaan merbahaya terhadap pintu gol pasukan lawan dan hampir
menyumbat empat gol dalam tempoh 20 minit pertama.
Namun sebaik sahaja perlawanan memasuki minit ke-30, Ultras Malaya yang
pada mulanya hanya berdiam diri sejak awal permainan bertindak dengan
membakar suar serta membaling bom asap ke arah padang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan