Rabu, 12 Mac 2014

Daripada sabar kepada marah dalam misi mencari dan menyelamat MH370

THE MALAYSIAN INSIDER

 

 Kesabaran semua pihak kini sudah semakin menipis dengan percanggahan pelbagai maklumat berkenaan kehilangan pesawat MH370. - Gambar Reuters, 12 Mac, 2014.

Kesabaran semua pihak kini sudah semakin menipis dengan percanggahan pelbagai maklumat berkenaan kehilangan pesawat MH370. - Gambar Reuters


Mood rakyat Malaysia sekarang berubah daripada bersabar dalam misi pencarian MH370 yang membawa 239 penumpang kepada berasa malu dan marah kerana percanggahan maklumat tentang penumpang, bagasi dan maklumat disembunyikan mengenai kedudukan terakhir pesawat yang diketahui.

Pada mulanya percanggahan maklumat sama ada lima penumpang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER untuk ke Beijing awal pagi Sabtu tetapi bagasi mereka dipunggah masuk kerana tidak muncul untuk menaiki pesawat.

Sehingga Isnin Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan ia berlaku dan bagasi dipunggah masuk dan melepasi pemeriksaan keselamatan.

Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan ia tidak berlaku dan Malaysia Airlines mengesahkannya pada sebelah petang.

Mengapa pegawai-pegawai MAS tidak memberikan penjelasan serta merta semasa Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mendedahkan perkara itu sebelum ini?

Dan sekarang pendedahan pesawat penumpang itu mungkin berpatah balik dan terbang ke Selat Melaka apabila hilang daripada radar?

Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengambil masa begitu lama untuk berkongsi maklumat dengan pasukan mencari dan menyelamat serta orang awam? Maklumat disembunyikan ini menyebabkan semua pihak mencari MH370 di tempat yang salah.

Penyembunyian maklumat menyebabkan orang ramai tertanya-tanya akan langkah janggal untuk mencari di Lautan Andaman, Selat Melaka dan kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Semalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan mereka tidak menerima sebarang maklumat mengenai isyarat berpatah balik Boeing 777-200ER sebagaimana yang dikatakan oleh TUDM.

Sehingga semalam Vietnam mengatakan akan menambah lebih banyak kapal dalam misi mencari dan menyelamat intensif untuk mencari pesawat MH370.

China juga menggunakan lebih banyak sumber dan 10 statelit untuk memantau kawasan tersebut bagi mencari pesawat penumpang yang membawa dua pertiga warganegaranya.

Adakah satu keajaiban jika China marah dan meminta Putrajaya untuk lebih terbuka dengan maklumat pesawat MH370 yang hilang? Adakah ia sesuatu yang mengejutkan jika Vietnam meminta perkara sama?

Kemudian terdapat pula misteri dua warga Iran yang menggunakan pasport curi warga Itali dan Austria bagi perjalanan ke Eropah melalui Beijing.

Polis antarabangsa Interpol mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport asal ketika meninggalkan Iran untuk ke Malaysia sebelum menggunakan pasport curi dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Beijing pada 8 Mac.

Imigresen Malaysia mengatakan kedua-dua lelaki itu menggunakan pasport curi untuk memasuki Malaysia pada 28 Februari. Namun, Interpol pula mengatakan mereka masuk ke Malaysia menggunakan pasport Iran.

Siapa yang betul? Apakah pertukaran pasport itu berlaku di atas pesawat?

Apakah kita akan berdepan dengan lebih banyak percanggahan maklumat dan maklumat disembunyikan akan terbongkar tidak lama lagi? Apakah kerajaan dan agensi relevan memberitahu kita semua perkara?

Atau apakah kita perlu terus menunggu dan tertanya-tanya selama lebih 24 jam sebab-sebab perluasan misi mencari dan menyelamat di pantai Sumatera dan Lautan Andaman hanya kerana Ketua Pengarah DCA Azharuddin mampu mengatakan: “Ada sesetengah perkara saya boleh beritahu anda dan ada sesetengah perkara tidak boleh.”

Lebih penting lagi apakah penangguhkan perkongsian maklumat ini akan menyebabkan misi mencari dan menyelamat 239 penumpang dalam pesawat MH370 yang sudah hilang lebih 100 jam sekarang menjadi lebih sukar?

Seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia sekarang kerana pesawat yang mempunyai sayap selebar 200 kaki tidak akan terhempas atau hilang di udara begitu sahaja.

Keluarga dan rakan-rakan 227 penumpang dan 12 anak kapal juga memerhatikan setiap langkah diambil pihak berkuasa. Sebarang langkah yang silap akan menghilangkan keyakinan dan kepercayaan mereka bahawa Malaysia bersungguh-sungguh dalam misi mencari dan menyelamat ini.

Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk menjelaskan kepada negara-negara lain bagaimana mereka akhirnya dapat mengesan pesawat MH370 berpatah balik dan dapat dikesan sehingga 2.40 pagi pada Sabtu – waktu sama semasa MAS mengatakan buat pertama kali mengenai kehilangan pesawat itu.

Apa yang pasti, nyawa 239 orang masih dalam bahaya sehingga ia ditemui. Masa terus terbuang sehingga Malaysia bekerjasama dan mengikut nasihat Beijing untuk memberitahu apa yang mereka tahu tentang pesawat MH370

Tiada ulasan: