Oleh : AFEEQA AFEERA
KAJANG : “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” yang melakukan ritual menggunakan kelapa bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini disindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam ucapannya di Stadium Kajang, malam tadi berkata satu dunia kini menyelar perbuatan yang dianggap syirik itu kerana ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia.
Beliau turut mempertikaikan tindakan penguatkuasa yang dilihat tidak melarang upacara ritual itu berlangsung sehingga ia menjadi perhatian ramai termasuk media antarabangsa.
“Sekarang ini Umno nak kata kita politikkan isu MH370? Cara Pakatan Rakyat (PR) selepas solat maghrib kita mesti buat solat hajat, tetapi cara dia guna bomoh kelapa.
“Satu dunia kutuk kita tetapi menteri kata ini semua kerja barat,” katanya yang juga Ketua Pembangkang pada Karnival Selangorku, semalam.
Pada 10 Mac lalu, Raja Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zain mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk berdoa supaya penumpang MH370 dapat dijumpai segera.
Terbaru, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.
Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara berkenaan.
Ibrahim juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.
Dalam pada itu, Anwar mendakwa negara asing seperti Vietnam dan China mula hilang kepercayaan berhubung cara kerajaan Malaysia mengendalikan kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu.
Katanya ia ditambah dengan kenyataan berbeza daripada menteri dan MAS berhubung siasatan terhadap kes berkenaan.
“Pemberita dari USA yang duduk di Beijing kata pada saya ini kali pertama kerajaan China begitu marah dengan negara lain kerana Malaysia gagal kendali isu ini dengan bijak.
“Umno selama ini hanya jaga Utusan, RTM dan TV3, sebab itu bila kena serang dia takut,” katanya lagi.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan