Selasa, 18 Mac 2014

Anwar selar kaitkan kehilangan MH370 dengan KEADILAN

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai pihak yang cuba mengaitkan kehilangan pesawat Malaysia Airline System, MH 370 dengan parti itu.

Anwar menyelar laporan media asing mengenai juruterbang pesawat itu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang didakwa kecewa selepas menghadiri keputusan rayuan kes fitnah terhadap beliau, Jumaat 7 Mac lalu.

“Hari ini macam-macam laporan media antarabangsa tulis, katanya kapten (juruterbang) curi kapal terbang sebab sedih dengan keputusan mahkamah yang nak penjarakan saya selama lima tahun.

AnwarIbrahim“Laporan apa ni? Kalau nak sedih ramai lagi sedih,” kata beliau sewaktu berceramah di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang pada 16 Mac lalu., lapor Malaysiakini.

Terdahulu sebelum itu, Anwar membidas sikap kerajaan yang tidak telus dan gagal mengendali isu kehilangan pesawatMH370 sehingga mendapat kritikan antarabangsa.

Jelas Anwar, kelemahan itu dapat dilihat apabila kerajaan memberikan jawapan yang bercelaru dan tidak konsisten kepada media antarabangsa yang tampil membuat liputan kehilangan misteri pesawat tersebut.

“Selama ini dia (kerajaan) jaga utusan, TV3, RTM dan surat khabar Umno, itu dia boleh kawal.

“Dia tak biasa dengan media antarabangsa, bila media antarabangsa serang, dia jadi panik,” jelas Anwar dalam satu lagi ceramah di Kajang pada 14 mac lalu.

Katanya, tambah memalukan apabila ketidakmampuan kerajaan mengendali isu berkenaan turut diselar media antarabangsa.

” New York time kata, tak layak menteri-menteri ini jaga dan kendali, satu dunia kata tak layak, ini kenyataannya,” tegas Anwar.

Tiada ulasan: