MALAYSIA KINI
Pemimpin
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh menuntut Alt
Media Sdn Bhd memohon maaf dan menarik balik buletin berita TV3
berhubung dakwaan kedua-duanya terlibat dalam amalan merasuah hakim dan
pendakwa.Mereka merujuk kepada Buletin Utama di TV3 pada 2 Ogos berkaitan
dakwaan calon Umno bagi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum lalu, Mazlan Ismail yang beliau menerima berbeg surat mendakwa Anwar membayar Karpal RM50 juta sebagai fi guaman sejak tahun 2008 untuk merasuah hakim dan pendakwa.
Alt Media, yang berpejabat di Sri Pentas, mengendalikan syarikat digital dan media baru konglomerat media berkenaan.
Dalam satu surat tuntutan berasingan, kedua-dua menyifatkan buletin berita tersebut palsu dan berniat jahat.
Ia memberi Alt Media tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan surat tersebut untuk menarik balik dan memohon maaf atas penyiaran berita itu, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.
Anwar (kanan) dan Karpal telah menafikan dakwaan Mazlan dan telah
membuat laporan polis mengenai perkara itu pada 4 Ogos, dua hari selepas berita itu disiarkan.
Selepas itu, Anwar dan Karpal berhadapan dengan tekanan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengisytiharkan harta mereka, yang telah ditolak oleh Karpal sebagai "tidak penting".
Bagaimanapun, Mazlan kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan