Ahad, 29 September 2013

Dr M kata Mukhriz tiada niat jatuhkan Najib

 


 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan yang meramalkan bahawa anaknya Mukhriz merupakan antara pemimpin Umno yang bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir berkata, anaknya itu tidak mempunyai apa-apa niat buruk seperti yang dilaporkan majalah The Economist.

"Mereka (The Economist) tidak boleh mencari apa-apa yang baik mengenai siapa saja.

"Itu (usaha menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz, tapi di Malaysia kita tidak akan niat jahat seperti itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mahathir melawat hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan meluangkan masa membaca buku cerita kepada kanak-kanak di acara tersebut.

Tiada ulasan: