Jumaat, 27 September 2013

Jangan dirikan bangunan selagi saliran tidak selesai

BULETIN ONLINE
KUALA TERENGGANU – PAS memberi amaran dan peringatan kepada kerajaan Umno da Barisan Nasional (BN) agar tidak mendirikan sebarang bangunan dalam melaksanakan pembagunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus kecuali semua infrastruktur saliran di kawasan terbabit diselesaikan terlebih dahulu.

bandar baru kuala nerus

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata PAS tidak menolak pembangunan ‘Bandar Baru Kuala Nerus’ itu, tetapi perlaksanaanya mestilah dibuat setelah kajian impak alam sekitar (environmental impact assessment – EIA) diselesaikan dan ia benar-benar selamat untuk dibangunkan.

Menurutnya, kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan tersebut meliputi tanah paya ‘baroh Tok Jiring’ yang lebih redah dari aras laut yang boleh mengakibatkan banjir dikawasan-kawasan berhampiran.

“kita tidak menolak pembangunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus itu tetapi kita memberi amaran agar kerajaan tidak membangunkan kawasan tersebut kecuali kajian EIA selesai dan seluruh infrastruktut saliran telah dibangunkan,

“kawasan tersebut meliputi ‘baroh Tok Jiring’ kawasan yang rendah dari aras laut, sekiranya pembangunan yang dibuat tidak berhemah, banjir akan melanda kawasan-kawasan sekitar,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian selepa mempengerusikan Mesyuarat Wakil-wakil Rakyat PAS yang diadakan di pejabat perhubungan PAS Terengganu di Taman Sri Intan dekat sini, Khamis 26 September.

Pembangunan bandar baru itu juga, katanya, mestilah mengikut perancangan yang rapi dan perlaksanaan yang berkesan agar ia tidak ‘tergendala’ sebagaimana yang terjadi kepada pembagunan Bandar Baru Kijal.

Beliau juga menggesa jabatan dan agensi kerajaan megambil ketegasan dalam setiap fasa pembangunan tersebut kerana ia akan menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan diabaikan.

Tragedi stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh hanya selepas setahun siap dibina perlu diambil pengajaran agar para pegawai yang terlibat sebarag perlaksanaan projek-projek baru ‘tidak tunduk’ kepada mana-mana ‘tekanan politik’.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, satu Jawatankuasa Memantau perlaksanaan pembangunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus telah ditubuhkan bagi meneliti dan menyemak imbang semua proses, agar ia menepati semua spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan: