SHAH ALAM: DAP bakal menerima tamparan hebat jika lebih ramai ahlinya
akan bertindak keluar parti, tegas Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang
(KMPP) Rahmad Ishak.
"Itu tamparan yang hebat sebenarnya pada DAP Sabah dan juga di
saat-saat yang terakhir pemilihan inikan," katanya ringkas kepada Antarapos.
Hiew sebelum ini pada 12 Ogos telah meletakkan jawatan sebagai
Penasihat DAP Sabah justeru tindakannya kali ini membuktikan parti itu
berhadapan dengan pergolakan dalaman yang kritikal.
Hiew turut memaklumkan akan menjadi ahli Bebas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.
Dalam pada itu, maklumat terbaru yang diterima Antarapos, Rahmad mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi.
Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda
politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.'
Jelasnya, ahli-ahli yang bakal keluar parti nanti masih berhak mengundi
pada pemilihan kerana mereka semua masih lagi menjadi ahli pada
pemilihan sebelum ini.
"Pengeluaran beramai-ramai ahli DAP Sabah dan Pulau Pinang yang dijangkakan, jika benar tidak menjejaskan pemilihan CEC esok.
"Walaupun akan ada yang keluar tetap berhak mengundi sebab masih jadi ahli semasa pemilihan pada 2008," katanya.
Walaubagaimanapun beliau mengakui bahawa ini akan menampakkan lagi
keretakan yang sekian lama dinafikan pemimpin tertinggi DAP.
"Tapi perkara macam ini menampakkan kepincangan dan kegoyahan dalam DAP," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan