KL TODAY
PETALING
JAYA: Lucu juga bila membaca kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno
Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang meminta supaya Perdana
Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri melantik Setiausaha
Politik wanita.
Katanya,
sudah tiba masanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Besar dan Ketua Menteri melantik seorang Setiausaha Politik dalam
kalangan wanita bagi membawa perubahan yang diinginkan.
Seperti
kata pepatah, rumah siap pahat berbunyi. Nampaknya Shahrizat
ketinggalan bas. Beliau sepatutnya mencadangkan soal perlantikan ini
sebelum menteri-menteri melantik setiausaha politik mereka. Mereka sudah
angkat sumpah menerima jawatan baru nak buat cadangan.
Minggu
lepas, Seramai 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia
di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana
Menteri di Bangunan Parlimen.
Majlis turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Upacara
angkat sumpah diketuai Datuk Jailani Ngah, diikuti Wong Nai Chee dan
Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Datuk Mohd
Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai
Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah:
- Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin)
- Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)
- Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)
- Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)
- Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili)
- Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas)
- Datuk Abdul Halim Mohammad (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)
- Mohd Ali Mansor (Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)
- M Vellaiyan (Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam)
- Azizul Kama Abdul Aziz (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah)
- Basorri Abu Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom)
- Fazzrudin Abdul Rahman (Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof)
- Mejar (B) Peter anak Runin (Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot)
- Abd Halim Jusoh (Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh)
- Kibin Samad (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan)
- Japirin Sahadi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin).
Shahrizat
nampaknya amalkan politik “double standard”. Dahulu sewaktu beliau
menjadi menteri, beliau tidak lantik pun wanita sebagai setiausaha
politik. Sebaliknya Datuk Suhaimi Ibrahim yang dilantik sebagai
setiausaha politiknya.
Sebagai
ketua wanita Umno, Sharizat tak tunjuk teladan yang baik.Bagaimana
beliau berharap menteri lain nak lantik wanita jadi setiausaha politik
sedangkan beliau sendiri tidak melantik wanita menjadi setiausaha
politiknya?
Isu
perlantikan setiausaha politik adalah isu kecil. Beliau sepatutnya
mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak melantik seorang tokoh dari wanita
Umno jadi menteri penuh.
Sekarang
dua menteri wanita dalam kabinet Najib datangnya dari Parti Pesaka
Bumiputera Sarawak (PBB) iaitu Datuk Rohani Karim (Menteri Pembangunan
Keluarga dan Masyarakat) dan Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana
Menteri).
Wanita
Umno tiada menteri penuh. Ia ada tiga orang timbalan menteri iaitu
Datuk Halimah Sadique (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan), Datuk Azizah Mohd Dun (Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga
dan masyarakat) dan Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi).
Sepatutnya
Shahrizat mencadangkan supaya Najib melantik salah seorang dari mereka
di atas sebagai menteri dari wanita Umno. Sebaliknya beliau mahu
jawatan itu diisi oleh tokoh wanita dari PBB untuk mengekalkan
kerusinya sebagai ketua wanita dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Sharizat
bimbang jika Halimah atau Azizah atau Noriah dilantik sebagai menteri
penuh, menteri baru itu akan mencabar kedudukannya sebagai Ketua
Wanita.
Shahrizat
berfikir lebih baik Wanita Umno tiada menteri yang merupakan pandangan
yang terkebelakang. Sedangkan dahulu Wanita Umno mempunyai dua menteri
penuh iaitu Tan Sri Rafidah Aziz dan Shahrizat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan