Sri Sanjeevan
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendesak siasatan menyeluruh dibuat
mengenai satu percubaan bunuh terhadap pengerusi NGO anti Jenayah
MyWatch, R Sri Sanjeevan.
Menurut Setiausaha Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, desakan ini dibuat berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa percubaan bunuh terhadap Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai penglibatan anggota polis dalam sindiket jenayah.
Khairul Faizi turut menganggap kenyataan Musa itu sebagai sesuatu yang serius.
“Jika benar dakwaan tersebut, ia bermakna ada beberapa pihak yang ‘merasa panas' dengan pendedahan Sri Sanjeevan sehingga tergamak mengambil pembunuh upahan menembak beliau.
“Soalnya, siapakah yang berusaha membunuh beliau dan siapakah pula dalang yang mengarahkan beliau dibunuh?” katanya dalam kenyataan media.
Khairul Faizi menambah, individu berprofil tinggi seperti Sri Sanjeevan sepatutnya dilindungi daripada sebarang cubaan jenayah terhadapnya.
Beliau katanya, menghadapi risiko dibunuh ekoran keberaniannya mendedahkan bahawa pegawai polis sendiri terlibat dengan jenayah.
Keberanian beliau wajar dicontohi dan seharusnya banyak pihak lain sanggup ke tengah dalam menegakkan kebenaran tanpa mempedulikan risiko yang bakal diambil, katanya lagi.
“Pendedahan beliau dan jenayah yang berlaku ke atasnya pastinya menggemparkan negara. Cubaan bunuh ke atas beliau menunjukkan bahawa ada beberapa kes besar yang boleh memeranjatkan melibatkan individu atau pihak tertentu cuba untuk dilenyapkan.
“Mungkin beliau memiliki rahsia besar yang perlu disingkapkan bagi pengetahuan umum,” katanya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, Pemuda Pas mengharapkan penjenayah terbabit segera ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Menurutnya, kejadian ke atas Sri Sanjeevan menunjukkan jenayah membunuh menggunakan senjata api adalah sesuatu yang serius dan Malaysia sudah tidak boleh dianggap selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan