Isnin, 29 Julai 2013

Cubaan bunuh Sanjeevan kerja profesional, dakwa Rafizi

OLEH MD IZWAN

Rafizi juga tidak tolak kemungkinan sindiket dapat bantuan maklumat dari polis. Gambar The Malaysian Insider, Nazir Sufari 
 Rafizi juga tidak tolak kemungkinan sindiket dapat bantuan maklumat dari polis. Gambar The Malaysian Insider, Nazir Sufari 

Rafizi  Ramli hari ini mengesyaki cubaan membunuh Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak dua hari lalu, dilakukan penjenayah profesional.

Tanpa menolak kemungkinan perbuatan itu dibantu polis yang menyalur maklumat kepada sindiket, Pengarah Strategi PKR itu, berkata cubaan bunuh itu bertujuan menghapuskan bukti yang dimiliki Sanjeevan.

"Ini kerja profesional, ia dilakukan oleh sindiket dadah yang berkemungkinan mendapat pertolongan anggota polis.

"Ini cubaan untuk menghapuskan bukti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tiada ulasan: