Isnin, 29 Julai 2013

Pegawai polis serah diri kes kematian Dhamendran

 


 
Suspek keempat dalam kes N Dhamendran yang mati dalam tahanan polis menyerah diri pagi ini dan dijangka akan didakwa esok.

Insp Hare Krishnan menyerah diri pada jam 10.30 pagi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pegawai polis terseut akan dituduh di mahkamah esok.

Hari Krishnan sebelum ini telah memberitahu keluarganya bahawa beliau mungkin didakwa berhubung kes kematian Dhamendran.

Tiada ulasan: