Rabu, 31 Julai 2013

Apa dia Dilema UMNO?



Oleh sakmongkol AK47

Nampaknya ramai pembaca tidak dapat membezakan antara sokongan kepada pimpinan UMNO dengan sokongan terhadap idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Inilah masaalah pokok nya. Walhal, ianya dua perkara berbeza. Mempertahankan kepimpinan UMNO tidak sama dengan mempertahan idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Idea atau konsep memperjuangkan kepentingan Melayu adalah hak semua orang Melayu

 Dan idea itu bukan hak milik persendirian dan mutlak pimpinan dan ahli UMNO sahaja.ianya boleh disebut, suarakan dan dilaksanakan oleh semua orang Melayu.

Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4juta diseluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calun2 UMNO secara direct mendapat 3.4juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahli nya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata.

Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.

Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka.

Sebaik sahaja kita faham perbezaan antara dua perkara ini, barulah kita akan faham bahawa berjuang dan bercakap mengenai hal2 yang penting bagi orang Melayu boleh dilakukan dari platform mana2 sahaja dan tidak semestinya UMNO. Jika ahli UMNO merasakan bahawa UMNO merupakan platform yang terbaik, saya tidak ada masaalah dengan pandangan tersebut. Saya hanya ada masaalah dengan pandangan bahawa hanya UMNO sahaja platform untuk menjuarai hal2 yang penting untuk orang Melayu. Fakta nya, UMNO mungkin boleh bercakap bagai 3.4 juta Melayu. Bagi pihak 3.9juta Melayu yang lain bagaimana?

Dalam artikel yang terdahulu, sasaran asas ialah ialah kepimpinan UMNO, bukan parti tersebut. Proposisi saya yang asas ialah kepimpinan yang lemah yang disokong oleh barisan pimpinan yang sepemikiran dengan pemimpin yang lemah, mencederakan kepentingan orang Melayu UMNO. Ini bermakna, Najib dan mereka yang sepemikiran dengan dia, tidak baik untuk orang Melayu UMNO. Mereka akan menyebab orang Melayu menolak UMNO.

Nampaknya ada dua pendekatan mengembalikan keutamaan dan kedahuluan Melayu dalam politik negara. Pertama, golongan yang merasakan kaedah nya ialah dengan meningkatkan right wingism dalam UMNO.

Guna cara agresif. UMNO mesti memilih mereka yang lebih Melayu dari orang lain. Pendekatan ini dipelopori oleh the man who can walk on water- Dr Mahathir Mohamad. Itu tesis utama Dr Mahathir dalam artikel nya mengenai dilemma Cina. Dr Mahathir menyebutkan dilemma Cina ialah menimbangkan sama ada mahu mengambil alih kuasa politik dari orang Melayu setelah memiliki kuasa ekonomi.

Dengan sebutan tersebut, orang Melayu berdepan dengan isiu yang sudah dipermudahakan oleh Dr Mahathir- siapa yang berani dan lebih Melayu? Sesiapa yang mengkaji pemikiran Dr Mahathir mestilah sudah tahu- bahawa cara untuk memahami Dr Mahathir ialah mencari perkara yang tidak dizahirkan oleh Mahathir. Dan dalam artikel Dilema Cina- perkara yang tidak disebut ialah- kebangkitan Cina mesti di periksa dan diimbangi oleh right wingism Melayu UMNO. Itu sahaja penyelesaian nya. Bukan cara lembik dan berkompromi sana sini seperti yang dilakukan oleh Najib.

Dengan melakukan demikian, Mahathir telah pun meletakkan terms of reference untuk pemilihan UMNO tahun ini. Mesej Mahathir ialah ahli UMNO mesti memilih tokoh UMNO yang kelihatan lebih Melayu dari yang lain. Artikel Mahathir sebetulnya suatu sindiran tajam terhadap kepimpinan Najib. Siapa lebih Melayu dan pada masa yang sama menimbulkan rasa tenteram dikalangan orang Melayu?

Jawab nya Muhyidin. Muhyidin lebih Melayu dari Najib. Maka Muhyidin secara tidak lansung telah mendapat perakuan dari Mahathir. Dan Muhyidin mempunyai sokongan dari Kelantan, Terennganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang. Dan mungkin secara keseluruhan. Najib pula dilihat sebagai pemimpin yang terhegeh hegeh meraih ehsan dari Cina dan India. Ini pendekatan yang berlawanan dengan pendekatan Mahathir. UMNO yang lemah dibawah pimpinan yang lemah akan memberi konsesi yang berlebihan kepada bangsa lain. Itu mesej Mahathir.

Mungkin orang Melayu masih tidak sedar perkara ini. Kemana Najib mahu bawak kita? Ekonomi kita ada lah contractor –driven. Projek besar semua nya dicadangkan oleh kontraktor dan pihak kerajaan memperakui nya. Apa yang kerajaan miliki ialah kuasa perakuan dan kuasa tersebut dieksploitasi oleh ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan untuk mengayakan diri sahaja.

Agenda kerajaan dengan demikian tidak lain dan tidak bukan adalah agenda golongan peniaga yang mahu menghimpunkan kuasa ekonomi dan kekayaan dalam tangan mereka. Apa dia ETP jika tidak lain dan tidak bukan himpunan perancangan pihak swasta yang di perakui oleh kerajaan? Dan apa pula GTP- government transformation plan selain daripada menghimpunkan kuasa membuat keputusan dalam tangan oligarki pentadbiran?

Dilemma UMNO pula ialah menimbangkan sama ada mengekal atau menolak Najib yang dilihat sebagai pemimpin yang banyak berkompromi akan kepentingan Melayu. Dr Mahathir sudah pun memberi petunjuk dalam hal ini.

Tiada ulasan: