MALAYSIA KINI
Setiausaha
Agung DAP Limg Guan Eng mempersoalkan kenapa DAP harus mengadakan
pilihan raya semula ekoran kesilapan yang sudah pun dibetulkan.Sedangkan, menurutnya lagi, pilihan raya tidak pula diadakan semula walaupun wujud kontroversi penggunaan dakwat kekal mudah tanggal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menujukan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim berkata, menteri itu mengamalkan "dwistandard" berhubung perkara itu.
Dalam kenyataannya hari ini, tidak seperti SPR, DAP mengakui terdapat kesilapan semasa menjadualkan undi dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas.
"Zahid mengamalkan dwistandard kerana tidak menuntut pilihan raya baru ketika SPR tidak pernah membuat sebarang pembetulan dengan dakwat kekal yang boleh ditanggalkan serta merta, sebaliknya mahu DAP menjalankan pilihan raya semula walaupun DAP sudah membetulkan kesalahan keputusan itu," kata anggota Parlimen Bagan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan