Isnin, 15 Julai 2013
Ahli parlimen persoal nama kementerian tukar tiga kali
"Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 dinyahkan dari parti, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran.
"Tak ada sebab apa pun, kajian pun tak ada. Tapi tukar,” kata Johari merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan itu, di Dewan Rakyat hari ini.
"Lepas itu, dipecahkan pula dengan dua kementerian. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan," katanya.
Johari turut mengaitkan penukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.
Katanya, individu yang bertanggungjawab memansuh bahasa Inggeris dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenaln dasar PPSMI iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan