Tiket
kereta api ke destinasi Pantai Timur sempena sambutan Aidilfitri bagi
tempoh 10 Ogos hingga 18 Ogos ini sudah habis dijual sejak beberapa
minggu lalu.
Pengurus Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd
Noordin Kimi berkata, destinasi itu membabitkan perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Tumpat (Kelantan) dan Singapura (Woodlands) ke Tumpat.
Tiket
kereta api bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dari Tumpat bagi tempoh 23
Ogos hingga 26 Ogos turut habis dijual namun masih banyak lagi tiket
bagi perjalanan dari Tumpat ke Singapura bagi tempoh yang sama,” katanya
ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.
Sehubungan
itu, bagi menampung jumlah penumpang yang ramai sempena musim perayaan
ini, KTMB menyediakan gerabak tambahan agar tidak timbul masalah tempat
duduk kelak, katanya.
Ditanya mengenai langkah keselamatan dalam memastikan semua trek kereta api berada dalam keadaan baik, Noordin berkata, KTMB mempunyai sebuah pasukan yang khusus membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa pada setiap trek.
Ditanya mengenai langkah keselamatan dalam memastikan semua trek kereta api berada dalam keadaan baik, Noordin berkata, KTMB mempunyai sebuah pasukan yang khusus membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa pada setiap trek.
Selain
itu, anggota polis bantuan KTMB turut ditempatkan di dalam gerabak ke
semua destinasi demi memastikan tidak wujudnya penumpang tanpa tiket dan
sebarang kejadian tidak diingini, katanya.
Orang
ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tiket dan waktu
perjalanan kereta api boleh melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my
atau menghubungi pusat maklumat KTMB di talian 03-22671200.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan