Shahbudin Husin
Sudah
dua kali Anwar Ibrahim mengulangi hasratnya untuk bersara selepas
pilihanraya umum ke 13 ini sekiranya PR gagal menawan Putrajaya. Tetapi
hasrat untuk bersara itu hukan kerana kecewa, sebaliknya untuk memberi
ruang kepada pemimpin muda pula mengambil alih peranan meneruskan
perubahan yang telah dicetuskannya sejak 1998 lagi.
Anwar menegaskan bahawa beliau akan kembali ke dunia akademik selepas itu. Sebelum menyertai UMNO, Anwar pernah menubuhkan Yayasan Anda dan selepas dibebaskan dari penjara, beliau menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Jika PR
gagal dalam PRU 13 ini, Anwar akan menyerahkan kepada generasi pelapis
mengambil alih peranannya dan beliau ingin kembali menjadi pensyarah
semula. Selain faktor usia, hasratnya menyerahkan baton kepada pemimpin
muda adalah sesuatu yang harus dipuji.
Soalnya
adakah kita rakyat Malaysia sanggup melihat Anwar bersara dan
membiarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Sejak
berbalah dengan Mahathir dan kemudian dipecat daripada UMNO dan
kerajaan pada 1998 serta diaibkan dengan pelbagai tuduhan, hakikatnya
Anwar telah berjaya mencetuskan gelombang kesedaran dan perubahan di
kalangan rakyat. Sejak pemecatannya, pelbagai kesedaran baru muncul
dalam politik rakyat di negara ini dan ia dikaitkan pula dengan
kesedaran dalam sistem ekonomi, sosial dan sebagainya.
Jika tidak
kerana Anwar dipecat, kesedaran rakyat mungkin tidak berlaku seperti
sekarang. Sebagaimana besarnya perubahan yang dicetuskannya Anwar,
sengsara yang diterimanya juga bukan kepalang.
Mahathir
yang memecatnya sehingga ini masih tidak dapat tidur lena kerana
perubahan yang dicetuskan sejak 1998 itu mungkin pula memusnahkan
legasi dan kemewahan anak-anaknya yang dibina sejak 22 tahun dahulu.
Oleh kerana Anwar yang telah mencetuskan perubahan dan menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, beliau tidak seharusnya dibiarkan bersara begitu sahaja. Anwar harus diberi peluang menjejakkan kaki menghuni Putrajaya supaya agenda perubahan dan reformasi yang dimulakannya itu dapat diatur perjalanannya dengan sempurna pula.
Oleh kerana Anwar yang telah mencetuskan perubahan dan menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, beliau tidak seharusnya dibiarkan bersara begitu sahaja. Anwar harus diberi peluang menjejakkan kaki menghuni Putrajaya supaya agenda perubahan dan reformasi yang dimulakannya itu dapat diatur perjalanannya dengan sempurna pula.
Anwar juga
seharusnya diberi peluang mengotakan segala kata-kata dan janjinya
selama ini. Hanya dengan menjadi PM kemampuan sebenar Anwar akan
teruji.
Lebih dari
itu, dengan memberi peluang PR memenangi pilihanraya akan datang dan
menjadikan Anwar sebagai PM juga akan menjadikan sistem politik kita
menjadi lebih matang. Ia akan memberi ruang kepada permulaan sistem dua
parti yang sudah diamalkan di kebanyakan negara sekarang ini.
Hanya
dengan kemenangan PR saja sistem dua parti ini dapat dimulakan,
sebaliknya jika BN terus berkuasa selepas PRU 13 ini, ia akan terus
berkuasa selama-lamanya. PRU 13 adalah peluang terbaik untuk rakyat
membuat perubahan dan memulakan suatu sistem yang terbukti menguntungkan
rakyat seluruhnya.
Melalui
sistem dua parti, sekiranya selepas PR memerintah dan mereka gagal
menunaikan janji-janji serta tidak berupaya menjaga rakyat dengan lebih
baik, dalam pilihanraya seterusnya kuasa boleh dikembalikan semula
kepada BN. Tetapi jika PR terbukti lebih bagus, mereka wajar
dikekalkan.
Proses
yang berterusan sebegitu akan menjadikan PR dan BN berlumba-lumba untuk
menjadi yang terbaik di hati sanubari rakyat. Akhirnya semua parti dan
pemimpin akan mengutamakan rakyat dan tidak lagi menjadikan kuasa yang
dimiliki sebagai tiket untuk mengaut kekayaan peribadi serta keluarga
sepertimana yang berlaku dalam BN sekarang ini.
Sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu, oleh kerana tiada penggiliran kuasa atau sistem dua parti, mereka yang menjadi pemimpin lebih sibuk mengaut kekayaan peribadi berbanding menjaga rakyat. Rakyat masih ramai yang miskin dan tiada bekalan api serta air yang sempurna walaupun setelah 55 tahun merdeka.
Sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu, oleh kerana tiada penggiliran kuasa atau sistem dua parti, mereka yang menjadi pemimpin lebih sibuk mengaut kekayaan peribadi berbanding menjaga rakyat. Rakyat masih ramai yang miskin dan tiada bekalan api serta air yang sempurna walaupun setelah 55 tahun merdeka.
Kepimpinan
hari ini lebih teruk jadinya. Najib bukan saja terus gagal membela
rakyat, malah seperti berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan
isterinya, Rosmah Mansor. Isterinya sama sibuk dengan pelbagai agenda
dan telah memecah tradisi dengan turut sama memberi perutusan sempena
Hari Raya di televisyen, sedangkan sewajarnya hanya PM yang berbuat
demikian.
Bayangkan
apa akan berlaku jika BN terus berkuasa dan Najib pula kekal lagi
sebagai PM. Jawabnya tiada akan ada apa-apa perubahan. Golongan kaya
akan bertambah kaya manakala rakyat miskin akan terus miskin. Taburan
janji-janji hanya akan muncul lima tahun sekali. Cerita skandal,
penyelewengan, rasuah dan sebagainya mungkin berganda-ganda jadinya.
Memberikan
kemenangan kepada PR dalam pilihanraya akan datang ini bukan
semata-mata untuk menjadikan Anwar sebagai PM. Ia harus dilihat dalam
konteks yang lebih luas daripada itu.
Melalui perubahan yang bermula
sejak 1998 dan jika berjaya diteruskan lagi dalam pilihanraya ini,
percayalah rahmatnya lebih luas dan dapat dinikmati secara saksama oleh
rakyat jelata. Hak rakyat juga akan lebih terpelihara dan boleh
menentukan sesebuah kerajaan itu sentiasa menjalankan perkhidmatan
terbaiknya.
Jika kita
sayang negara ini dan mahu diri kita sentiasa dihargai, teruskanlah
perubahan dalam PRU 13 dan jangan biarkan Anwar bersara begitu saja.
Dan lebih penting jangan biarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai
Perdana Menteri lagi.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di
tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di
MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno
Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda
dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan
dua buah buku politik bertajuk Najib PM
Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki
laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan