MSO
Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat
kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal
hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan
Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait Ulama Muda Malaysia (Ilmu).
Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari
namun belum dijawab hingga sekarang.
Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu
bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara
profesional dan bukan untuk bertikam lidah.
Saya nampak di sini tidak ada keperluan mendesak untuk ulamak muda Umno
berbincang hal hudud dengan Tok Guru itu. Apa yang hendak dibincangkan,
pendirian Nik Aziz sudah jelas, bahawa hudud bukan perkara yang boleh
ditolak ansurkan.
Apakah Fathul ingin memberi tahu kerajaan Kelantan perlu menyediakan
prasarana dan makenisme dulu baru boleh dilaksanakan hudud? Atau rakyat
kena diberi kefahaman dulu. Itu juga Nik Aziz sudah jelas dengan memberi
perumpaan nelayan akan turun ke laut walaupun laut bergelombang demi
untuk hidup.
Soal mekanisme seperti mana diperkatakan kebanyakan pemilik lidah Umno
sudah difahami, ia akan dapat diatasi bila Umno sendiri membantu dan ada
azam serius untuk laksanakan hukum Allah itu. Makanya lebih baik Fathul
jumpa Najib Razak dan Hishmuddin Hussein serta Udin anak Yassin juga
memberi kefahaman mengenai hudud kepada mereka.
Itu lebih baik. Bila mereka faham sungguh-sungguh hal ini nescaya soal hudud tidak menjadi masalah.
Kepada Tok Guru juga tidak perlu layan ajakan ulamak muda Umno ini
kerana ia membuang masa saja. Kalau ulamak tua masih tetap pendiriannya
dan mengambil sikap tidak menolak hudud tetapi tidak mahu melaksana
hudud, ulamak muda juga akan lebih kurang saja.
Siapa pun ulamak itu setinggi dan sedalam mana ilmunya selagi ia berada
dalam lengkaran kuasa Umno selama itulah dia akan bersikap acuh tidak
acuh kepada hudud dan akan memikir bagaimana untuk mencari alasan untuk
tidak laksanakannya daripada memikir bagaimana hendak laksanakannya.
Setuju benar kalau Tok Guru tidak memberi jawaban atas pelawaan itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan