MALAYSIA KINI
Penduduk
Bukit Koman, Pahang 'melantik' dua menteri MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai dan Datuk Ng Yen Yen sebagai duta mereka untuk demonstrasi
antisianida "Himpunan Hijau Raub" pada 2 September ini.Dalam prapelancaran acara itu di pasar pagi Raub semalam, anggota Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida turut memakai topeng Liow dan Ng dan mengetengahkan poster menunjukkan pendirian tidak selari kedua-dua mereka dalam isu lombong emas di situ.
Liow dan Ng dikatakan sudah berikrar menyokong gerakan antisianida sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya didakwa bertukar fikiran.
Kedua-dua 'duta' itu menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dan menurunkan tandatangan pada kain rentang antisianida, menyebabkan orang ramai bersorak.
Manakala 'Ng' sebagai menteri pelancongan turut menggalakkan rakyat Malaysia melawat Raub pada hari perhimpunan itu diadakan.
Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat disahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan