Selasa, 28 Ogos 2012

Suaram: Siapa beri kamu wang, Utusan?

 
Sara Ghazie


 
Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

NONE"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

"Mengapa kami perlu memberitahu kamu dari mana kami memperoleh dana? Adakah Umno perlu memberitahu dari mana mereka mendapatkan dana?

"Adakah syarikat Umno perlu untuk menerangkan dari mana mereka meraih sumber dana? Adakah kamu mahu bertanya saya dari mana datangnya sumber dana kamu itu?

"Jadi, kenapa kamu perlu bertanya kepada Suaram? Kenapa Suaram ini sungguh istimewa sehingga kami perlu memberitahu kamu dari mana sumber kami perolehi?"

Tiada ulasan: