Wartawan Buletin
DUNGUN –
Ramalan menunjukkan akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah
ekoran dua orang ahli Parlimen Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukim
yang mengisytihar kan diri mereka keluar dari Barisan Nasional (BN).
Menurut Setiausaha Agong PAS, Dato’ Mustafa Ali, satu kajian yang
dibuat baru-baru ini menunjukkan, Sabah yang selama ini menjadi
penyumbang kerusi parlimen kepada Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi
menjadi ‘deposit tetap’ kepada parti itu.
Katanya, kajian
tersebut mendapati seramai 59% rakyat Sabah mengatakan tidak kepada BN
dan hanya 31% yang mahu BN terus memerintah Sabah.
“kesimpulan
yang didapati (kajian yang dibuat) dari responden 59% mengatakan
kerajaan negeri Sabah perlukan perubahan yang lain daripada Barisan
Nasional,
“(responden) yang kata BN patut diteruskan (seramai) 31%, selainnya tak tahu nak kata apa (tidak memberikan jawapan),”ujarnya.
Beliau
menegaskan jumlah 59% rakyat Sabah jelas mengatakan tidak mahu kepada
BN dan sekiranya baki sebanyak 41% itu memberikan sokongan, BN masih
tidak boleh menang di Sabah.
Beliau berkata demikian ketika
berucap dalam Majlis Iftar Sempena kutipan Dana Sekolah Rendah Islam
Darul Bayan, di Paka dekat sini pada Jumaat 3 Ogos.
Mengulas lanjut beliau berkata, pemerhati politik merumuskan perubahan politik di negeri Sabah berlaku setiap 13 tahun sekali.
Menurutnya, pilihanraya umum kali ini sudah mencapai tahun ke13 pemerintahan Sabah di bawah Ketua Menteri BN, Datuk Musa Aman.
“pusingannya
tiap-atiap 13 tahun akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah,
daripada tempoh (datuk) Musa Aman (menjadi Ketua Menteri) sampai
sekarang sudah 13 tahun,
“sudah sampai masanya akan berlaku perubahan kepada kerajaan negeri Sabah yang ada sekarang,”kata beliau.
Turut
sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS
Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga selaku Pengerusi Sekolah
Rendah Islam Darul Bayan.
Dato’ Mustafa Ali yang juga bekas
anggota Parlimen Dungun menambah, paling awal pilihanraya umum ke-13
mungkin diadakan pada bulan Oktober akan datang.
“paling awal,
kemungkinan pilihanraya (umum ke-13) akan diadakan selepas bajet (2013)
paling cepat bulan Oktober dan paling lewat,
“dia (kerajaan) kena bubar bulan Mac kerana tarikh akhir pilihanraya adalah bulan Mei (tahun depan),”ujarnya.
11 ulasan:
Tanya responden pembangkang, mestilah keputusan jadi macam tu.
Itu hanyalah keputusan kajian. Bukan boleh percaya sangat.
The remaining 41% say yes to BN.
Well, it's just part of the district so I don't think it represents anything.
Personally, it's just an approximate calculation.
I hope the best for Bn in the coming GE.
Good luck.
jika kajian yang dibuat pembangkang, pasti hasilnya jg memihak kepada pembangkang.
tunggu PRU baru kita tau keputusan sebenar.
Berapa ramai responden yang digunakan?kalau dipilih di kalangan penyokong pakatan Saja, sudah pastilah lebih ramai yang berpihak pada pakatan.
Semuanya bergantung pada rakyat PRU nanti.kita lihat sejauh mana kajian ni ada benarnya.
Catat Ulasan