Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru semua wanita Malaysia perihatin untuk bersama-sama mereka turun ke Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos sempena program Janji Demokrasi.
Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, sebagai rakyat yang cintakan negara, wanita juga perlu menunjukkan sikap dan komitmen mereka.
"Malam itu nanti akan menjadi simbol kesetiaan tidak berbelah bahagi kita terhadap Malaysia. Hatta sebagai manifestasi komitmen kita untuk terus memastikan Malaysia dalam keadaan aman, harmoni berdaya maju serta berdaya saing di peringkat lokal mahupun global.
"Jika anda adalah seorang rakyat prihatin terhadap masa depaan negara ini, jom bersama kami," katanya dalam satu kenyataan.
Program Janji Demokrasi adalah anjuran gabungan beberapa NGO termasuk Bersih.
Ianya akan bermula pada jam 10 malam 30 Ogos ini dan lebih berbentuk temu santai dan sembang-sembang bermaklumat.
"Ia wajar dilihat sebagai sebuah acara yang menjulang keamanan, perpaduan, kasih sayang yang menebal dengan semangat kekitaan rakyat daripada pelbagai kaum, latar belakang, agama dan kepercayaan politik.
"Ia bukan suatu yang mencabar hati budi sesiapa jua hatta termasuk pemerintah. Ia adalah impian rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan