Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak
terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan
seolah-olah Barisan Nasional (BN) negeri mula goyang dan berpecah
berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokong
pembangkang.
Beliau berkata semua itu adalah tipu helah pembangkang
semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan
datang.
Pengerusi
BN negeri itu berkata keadaan di Sabah sebenarnya tenang dan
orang-orang tertentu terutama pembangkang sahaja yang “syok sendiri”.
“Jangan
khuatir dan gusar, tidak ada apa-apa masalah. Ini merupakan cakap-cakap
biasa bagi pembangkang bila ada dua (anggota Parlimen) keluar BN, dia
orang heboh besar-besaran.
“Sebenarnya,
dulu banyak juga wakil rakyat atau anggota Parlimen yang keluar (dari
pakatan pembangkang)…kita tidak heboh kerana bagi kita itu perkara
biasa,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan
Pakej Rangsangan Khas (PRK) bagi sekolah-sekolah mubaligh Sabah untuk
tahun 2012 di SM Lok Yuk Likas, dekat sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa terdapat satu lagi kejutan politik akan berlaku di Sabah pada 12 Ogos ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa terdapat satu lagi kejutan politik akan berlaku di Sabah pada 12 Ogos ini.
Ketua
Menteri berkata UMNO dan BN di negeri ini sentiasa bersatu dan
bekerjasama bagi memastikan BN Sabah terus berada dalam kedudukan yang
mantap dan kuat.
Beliau
yakin rakyat Sabah akan terus menyokong BN kerana mereka sedar bahawa
kerajaan BN sahaja berupaya menepati janji terutama dalam soal
pembangunan.
“BN mempunyai “good track record” dan saya yakin rakyat tahu menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik,” katanya.
Mengenai
sumbangan kepada sekolah mubaligh berkenaan, Musa berkata sumbangan
kewangan kira-kira RM3.7 juta daripada kerajaan pusat untuk 74 sekolah
mubaligh di Sabah tahun ini menunjukkan kerajaan BN benar-benar
prihatin terhadap keperluan rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Sementara
itu, ketika berucap pada majlis penyerahan kuih-muih Hari Raya
Aidilfitri kepada pasukan anggota keselamatan di Auditorium Tun Raffae,
Menara Tun Mustapha, Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai
sumbangan dan jasa anggota keselamatan yang membantu mewujudkan suasana
aman dan harmoni.
“Kita
bersyukur kerana kita berada dalam keadaan baik dan dapat mengadakan
majlis perayaan tanpa ragu-ragu berbanding negara lain yang tidak aman
dan menghadapi pelbagai masalah, pergolakan dan peperangan.
“Oleh itu,
kita mesti ingat bahawa ada pasukan keselamatan atau anggota
keselamatan yang sentiasa menjaga dan memastikan bahawa negara kita
dalam keadaan aman dan sentosa,” katanya.
20 ulasan:
If they have a personal agenda in quitting BN, it’s their right. Their action would not affect Sabah BN, especially in preparing for the coming general election
I think Lajim and Bumburing wanted greater positions than what they had. There are some with big ambitions and surely this is what they would do … this is every individual’s right. leaders should place party interests above their own personal interests.
tahun2 sebelum ini, setiap kali Pakatan buat pemilihan, mesti ramai pemimpin2nya yang keluar menyertai BN.. takkan Anwar sudah lupa?
yang keluar parti itupun tidaklah menjejaskan imej BN, sebaliknya menjejaskan diri sendiri.. kenapa hanya keluar bila dekat2 pilihanraya? tidak dicalonkan? Anwar offer jawatan?
The opposition will not succeed in penetrating Sabah, led by the Barisan Nasional (BN) under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, in the next general election, said Sabah Information Executive Councillor Datuk Sapawi Ahmad. Based on the current political scenario and the confidence shown by the people, Sabah BN will definitely win in the next general election.
Sapawi, who is also Sipitang MP, said that since the BN took over the state government in 1994, Sabah's financial position has strengthened, particularly with Musa's leadership. Sabah only had a financial reserve of around RM300 million (in 1994) but it has increased substantially to RM3.3 billion as noted in the Auditor-General's Report. This translates to good administration, especially economically, by the state government.
jika BN Sabah mahu, mereka boleh saja singkirkan terus pemimpin2 yang kaki mereka sudah diseberang jalan.. tapi pucuk pimpinan tidak buat keputusan itu kerana mereka tahu kes itu tidak membawa masalah besar kepada parti..
Sapawi said that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was a man of his word, and called on the people not to be influenced by propaganda spread by opposition political parties.
Pemimpin yang bertindak keluar parti tu biarkan saja dengan halatuju politik mereka. Rakyat pun pandai menilai mana2 yang boleh dipercayai bila masa mengundi nanti. Rakyat juga yang akan tentukan nasib mereka dalam politik.
Pembangkang terlalu mengharapkan yang mereka akan memperoleh sokongan yang kuat dari rakyat Sabah PRU ni dan dapat menawan Putrajaya. kita tengoklah nanti sejauhmana harapan mereka dapat dicapai.
Memang pun Pembangkang seperti syok sendiri ke sana sini dengan penyertaan baru dalam parti itu. Tapi apa yang hebat dengan mereka yang menyertai PR belum tahu lagi PRU13 nanti.
Dengarlah pesanan Musa. Betul juga apa yang dia cakap ni, kita janganlah mudah terpengaruh dengan taktik pembangkang.
Justeru, buatlah pilihan yang tepat dan terbaik bila tiba masanya nanti.
pembangkang jgn sangka mereka dah kukuh kerana 2 MP sertai mereka.
BN tetap kukuh walaupun ada keluar parti.
Yes he is true. The opposition is only great in making up stories.
Don't bother them. They only love to make Bn felt like a loser.
Musa said it right. We should just let them be what they like. We know where we stand.
Syok sendiri is the best word to describe them.
2BN will remain strong and continues to be more matured in the future.
Catat Ulasan