Pendakwah
bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah
dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak
dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau
nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku
tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia
bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi
kisah perubahan diri masing-masing.
“Kalau
saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku
kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada
sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam
sesebuah taklimat.
“Lain pula
jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah
menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,” katanya.
“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,” katanya.
Tambah
Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana
parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS
kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun,
golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan
berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu
agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
“Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
“Walaupun
Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali
ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu
sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
“Saya
faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu
semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu
berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga
begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu
secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan