Kira-kira
30 jemaah tidak menyangka diri mereka ditipu dengan memberi sumbangan
kepada dua lelaki yang menyamar sebagai mualaf ketika menunaikan solat
Tarawih di Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin (gambar) dekat sini,
malam kelmarin.
Difahamkan, anak-anak kariah ternampak dua lelaki itu
ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan kariah masjid terbabit,
namun tidak menghiraukan mereka.Mohd Tarmizi Awang, 32, berkata,
selepas berbuka puasa dua lelaki bercermin mata sama itu masuk ke dalam
masjid bersama anak kariah lain bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak
dan Tarawih.
Menurutnya,
selepas solat imam masjid mengumumkan kepada jemaah bahawa dua lelaki
itu adalah mualaf yang ingin memohon sumbangan peribadi untuk kos
pembelajaran agama di Pondok Pasir Puteh Kelantan.
“Saya mensyaki dua lelaki itu adalah penipu dan menyamar sebagai mualaf bagi mendapatkan sumbangan.
“Seorangnya
daripadanya lingkungan umur 40-an berpakaian baju T dan seluar jeans
dan kopiah hitam, manakala seorang lagi lingkungan umur 50-an memakai
kemeja berseluar jeans dan berkopiah,” katanya.
Menurutnya,
disebabkan perasaan curiga yang kuat terhadap dua lelaki itu
menyebabkan dia segera menghampiri mereka selepas solat Tarawih dan
tazkirah Nuzul al-Quran bagi mendapatkan kepastian.
“Difahamkan mereka datang dari Melaka untuk memohon sumbangan. Ditanya mengapa datang ke Kedah, sedangkan negeri itu mempunyai banyak masjid dan lelaki itu berkata, kenapa tanya macam-macam sedangkan jemaah lain mudah sahaja bagi sumbangan.
“Difahamkan mereka datang dari Melaka untuk memohon sumbangan. Ditanya mengapa datang ke Kedah, sedangkan negeri itu mempunyai banyak masjid dan lelaki itu berkata, kenapa tanya macam-macam sedangkan jemaah lain mudah sahaja bagi sumbangan.
“Mereka
juga berkata datang ke Kedah untuk membuka kedai telefon bimbit
memandangkan di Melaka sudah mempunyai sebuah kedai menyebabkan saya
terkejut. Saya terus meminta mereka menunjukkan kad pengenalan, namun
mereka enggan sehingga saya membawanya kepada beberapa jemaah lain dan
bilal masjid,” katanya.
Mohd
Tarmizi berkata, dia membawa dua lelaki itu bertemu dengan bilal masjid
terbabit agar dapat menunjukkan kad pengenalan namun setelah didesak,
lelaki itu mengeluarkan sekeping kad keras yang hanya tertulis Yasin
sahaja.
“Selepas didesak lagi, mereka berdua beredar dalam keadaan tergopoh-gapah dengan menaiki sebuah kereta perodua Kancil.
“Saya kesal kerana kebanyakan jemaah sudah memberi sumbangan yang banyak dan ada yang memberi RM10, RM20 dan RM50,” katanya.
Sementara itu, bilal masjid terbabit, Ali Muhammad, 65, berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku dan kejadian itu mencemarkan institusi masjid, kerana mereka berani masuk dan menipu orang Islam ketika menunaikan solat.
Sementara itu, bilal masjid terbabit, Ali Muhammad, 65, berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku dan kejadian itu mencemarkan institusi masjid, kerana mereka berani masuk dan menipu orang Islam ketika menunaikan solat.
“Tidak menyangka ada orang akan menipu dengan masuk dalam masjid dan turut sama menunaikan solat berjemaah,” katanya.
Sementara
itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Muhamed berkata,
Pejabat Agama Kedah mengeluarkan arahan yang dipanjangkan kepada
masjid supaya tidak mengutip derma kepada orang ramai
sewenang-wenangnya, namun begitu pejabat agama tidak mempunyai hak
untuk menghalang orang ramai bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan
ini.
“Dinasihatkan
agar orang ramai lebih berhati-hati dan siasat latar belakang
sekiranya peminta sumbangan ini tidak diberi kebenaran daripada pihak
berwajib.
“Perbuatan
ini bukan sahaja berlaku di daerah ini, tetapi difahamkan berlaku di
beberapa negeri lain dengan menggunakan alasan yang sama iaitu ingin
mendalami ilmu agama di Kelantan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan