Wartawan Buletin
SETIU –
Para pesawah di kampong Jelapang, Langkap, dekat sini menyifatkan
pelaburan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu melibatkan
wang sebanyak RM46 juta, membina infrastruktur kawasan penanaman padi,
tidak berbaloi.
Menurut mereka, kemudahan pengairan yang dibangunkan tidak sepatutnya dibina sebelum memastikan sumber air mencukupi.
“Air
hanya ada dua kaki setengah dalam parit, mana cukup untuk tanam padi,
itu pun baru ada sejak hujan dua tiga hari ini, sebelum ini lebih teruk,
“lepas
(peruntukan) RM46 juta ada tambahan pula (peruntukan) kita duduk macam
ni juga (tidak berubah) buat longkang pun longkang pecah,” adu Abdul
Rahman Awang kepada Buletinonline.
Beliau
yang dikenali dengan panggilan ‘Pak Muda’ berkata demikian ketika
ditemui dalam tinjauan Buletinonline ke kampong tersebut pada Rabu 8
Ogos.
Hampir separuh padi dalam petak-petak sawah di kawasan
penanaman blok A sawah padi tersebut berwarna kekuningan kerana tidak
mendapat cukup air.
Sementara itu, beliau yang mempunyai
pengalaman padi lebih 20 tahun mendakwa, sistem perparitan yang dibina
agak pelik dan tidak pernah dilaksanakan dimana-mana tempat.
Katanya,
parit air masuk dan air buang dibina bersebelahan dan selari
melingkungi kawasan penanaman padi memberi kesukaran kepada para
pesawah.
Selain itu, kata beliau, parit konkrit yang dibina tidak dibuat saluran untuk memasukkan air ke dalam petak sawah.
“Air
tak boleh masuk dalam petak sawah sebab tak ada saluran masuk, kami
terpaksa buat salur dan sedut air masuk macam sedut minyak dalam
tong,”jelasnya
DISKRIMINASI
Pada
musim penanaman sebelum ini, para pesawah Jelapang tidak mendapat hasil
yang menguntung kan kerana potongan padi yang terlalu tinggi.
Justeru,
para pesawah Jelapang telah menghantar memorandum kepada pelbagai pihak
berkaitan, menuntut supaya diberikan hak subsidi dan insentif yang
mereka tidak perolehi.
Rakan pesawah Pak Muda mendakwa kehidupan
penanaman padi di kampung Jelapang bertambah terhimpit apabila berlaku
diskriminasi dan pilih kasih semakin menjadi-jadi diantara pesawah yang
dianggap sebagai penyokong kerajaan dan bukan penyokong kerajaan.
Zainal
Yusof mendakwa beliau tidak mendapat bantuan input padi seperti baja
dan racun kerana ia dikawal oleh ketua blok, seorang Imam masjid kampong
berkenaan.
“sejak dari awal waktu sodok meratakan sawah sudah berlaku tidak adil, tanah dia diratakan molek, orang lain tak,
“saya
cakap, Tok Imam biar jadi Tok Imam sahajalah, jangan ‘pegang’ (jawatan
ketua blok) projek padi ini, nanti (lama kelamaan) orang tak pergi
sembahyang (di masjid),”katanya.
Beliau
mendakwa pesawah kampung berkenaan yang kononnya ‘Jelapang Padi Baru’
negeri Terengganu menerima harga jualan padi yang rendah, potongan yang
terlalu tinggi, tidak ada subsidi dan insentif.
Beliau menyifatkan para pesawah umpama ‘warga Mayanmar’ yang terpaksa ‘berdagang’ walaupun lahir di tanah air sendiri.
“Jadi kita (pesawah Kampung Jelapang) macam rakyat Myanmar (menjadi) berdagang di negara sendiri mari tebas tebang buat padi,
“subsidi boleh ke orang, insentif beri ke orang harga padi 25 sen……macaman kita (boleh) jadi rakyat Myanmar?,
“(sedangkan) tanah hak kita, usaha kita (buat) tebas tebang (hutan) dari tok nenek kita lagi…….acu kita fikir!,”tegas Zainal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan