Suami
eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar,
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan
membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada
Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi
maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di
hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman
Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat
1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di
antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman
Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori
jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar
sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen
televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan