Oleh : HAFIZ YATIM |
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN.
Ini, kata Khairy di
majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur hari ini,
telah menimbulkan gambaran bahawa golongan muda menyokong pembangkang.
"Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu editor mereka sekat komen yang menyokong BN," katanya.
Sehubungan
itu, Khairy berkata, penubuhan pasukan Siber BN itu adalah untuk
bertindak balas terhadap perkara dan bagi menggalakkan orang ramai
mendapatkan maklumat yang betul dari BN melalui Twitter dan Facebook
BNCT.
Dengan itu, katanya, golongan muda tidak merasakan seolah-olah mereka sendirian di ruang siber dalam menyokong BN.(MKINI)
Nota
Editor: Sabahkini.net menyokong BoG iaitu tidak pernah menapis internet
dan tidak pernah membuang sebarang komen pembaca sekalipun mereka
melanggar terma penggunaan.)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan