Khamis, 9 Ogos 2012

ASRAMA SMK PENANGAH SEPERTI TIN SARDIN?

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ISWADIMAN SHAMSUDDIN




 BINCANG….Kelihatan Masiung sedang membincangkan sesuatu kepada Pengurus Asrama berkenaan.


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah meminta Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pejabat Pelajaran Negeri Sabah supaya meneliti keperluan pertambahan bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penangah.

Katanya lagi, kerana situasi pertambahan pelajar dari kawasan Pedalaman khususnya dalam DUN Kuamut itu sendiri menyebabkan bilik asrama yang sedia ada tidak mencukupi.
“Sebab itu kita membuat lawatan kerja ke sini, kita mendapati bahawa memang ada keperluan mendesak kepada kerajaan untuk mengambil perhatian seterusnya membina lagi sebuah bangunan baru khusus untuk para pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Keperluan tersebut mendesak ekoran pertambahan pelajar memasuki asrama saban tahun,” kata Masiung kepada Media sejurus selepas lawatan kerjanya ke kawasan DUN Kuamut, kelmarin.

Seperti yang dilihat hari ini tambah Masiung, mengikut ukuran dalam satu bilik ini hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar sahaja, tetapi apa yang saya difahamkan kini pengurusan asrama terpaksa menempatkan lebih 12 pelajar tinggal dalam satu bilik kerana mengambil kira rayuan daripada pelajar itu sendiri dan ibu bapa yang mahukan supaya anak-anak mereka tinggal di asrama ini; berpunca faktor tempat tinggal yang terlalu jauh dari kampung mereka.

Jelas Masiung keadaan dan desakan itu berlaku ini ekoran kedudukan kampung pelajar kebanyakannya datang terlalu jauh dan para ibu bapa memang tidak sanggup menghantar anak-anak mereka pergi ke sekolah.

"Disebabkan pada masa kini pihak pengurusan sekolah difahamkan terpaksa menolak banyak permohonan pelajar yang ingin tinggal di asrama berkenaan ekoran kepadatan pelajar yang berlaku buat masa ini di asrama sekolah tersebut,” tambah Masiung lagi.

“Saya percaya dengan keprihatinan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran akan mengambil kira perkara utama dan mendesak kepada pihak kerajaan agar permohonan membina sebuah bangunan asrama bagi menambah kepasiti tempat sedia ada dapat diberi perhatian khususnya disegerakan pelaksanaannya,” katanya.

MENYEDIHKAN….Beginilah keadaan dalam bilik Asrama SMK Penangah berserabut saban hari.

Dalam perkembangan yang berkaitan kata Masiung Pejabat Pelajaran Daerah Telupid juga diminta segera agar dapat mengganti dan menyediakan keperluan bilik seperti katil, tilam dan almari di asrama tersebut di mana kebanyakannya sudah reput dan usang yang memang tidak boleh digunakan lagi.

“Kita memang amat sedih senario yang menimpa kepada para pelajar terbabit kerana mereka seperti ikan sardin dalam tin. Hari ini kita telah melihat pelajar-pelajar hanya tidur di lantai dan saya percaya pihak kementerian telah mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka, namun yang penting sekali adalah pelaksanaan dapat dibuat tanpa adanya timbul dan melibatkan pelbagai birokrasi sehingga penangguhan semua rancangan kerajaan” tegasnya.

Tiada ulasan: