Pusat
Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia mengumumkan 14 Ogos ini sebagai Hari
Internet Blackout di mana sebahagian daripada kempen menentang Seksyen
114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang
diwartakan pada 31 Julai lalu.
CIJ dalam satu kenyataa mengumumkan
hasrat itu yang bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet
tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.
“Hari
Internet Blackout ini mengambil contoh usaha yang dilakukan
aktivis-aktivis di Amerika Syarikat dan New Zealand untuk memperjuangkan
kebebasan berinternet di negara masing-masing.
“Untuk
tempoh 24 jam, para pengguna Internet yang berkunjung ke laman-laman
web yang mengambil bahagian akan dapat melihat paparan yang mempunyai
mesej kempen tersebut,” kata kenyataan itu.
Kenyataan
itu juga berkata, CIJ menyeru para pengguna Internet di Malaysia untuk
menyertai kempen ini dengan memaparkan paparan yang direka khas
tersebut pada laman web serta blog mereka.
Pengguna
Facebook dan juga Twitter juga digalakkan menukar gambar profil dan
avatar dengan warna hitam atau gambar yang boleh dimuat turun melalui
CIJ.
Pengguna
Internet yang ingin mengambil bahagian boleh menghubungi CIJ melalui
emel cijmalaysia@gmail.com atau telefon di talian 03-4024 9840.
Untuk
keterangan lanjut sila berkunjung ke blog rasmi kempen di
www.stop114a.wordpress.com atau laman Facebook di
https://www.facebook.com/evidenceamendmentact.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan